Baru-baru ni, Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kanak-kanak berumur lingkungan 2 tahun yang dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam. Dan kejadian ni berlaku di Paka, dekat dengan tempat tinggal aku. Ya Allah, apa salah budak ni sampai diperlakukan sebegitu rupa. Kejam dan sangat-sangat kejam. Binatang pun tak ada yang buat macam tu dekat anak dia kan??
First, aku dapat berita ni melalui FB, sekali dengan gambar mayat mangsa ditunjukkan, tak sanggup nak tengok sebab tak sangka manusia tu sanggup buat macam tu dekat budak secomel tu. Mayat dah berbau.
Lepas tu memang ada penangkapan yang dibuat, yang paling terkejut, mak budak tu mungkin jugak terlibat, dan mak budak tu terlibat jugak dengan dadah. 3 orang suspek telah berjaya di tahan dan masih dalam siasatan. Harap sangat pembunuh akan dapat hukuman yang setimpal.
Ni kronologi awal kematian budak tu.
Pengadu:
Nama: Mohd Faizal
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan
Klasifikasi Kes: Seksyen 302 Kanun Keseksaan(Membawa hukuman mati)
Tempat Kejadian: Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.
Suspek:
1) Ahmad Faizal Bin Abd. Wahid(Faizal Bongkok)(B1)
2)Rabiatul Adawiyah Binti Mamat(Beah) (Ibu Simati)(B2)
3)Zamari Bin Ahmad(Zamri Gomeng)(B3)
4)Sofian Hadie Bin Mohd Nor(Pian)(B4)
Simati: Nursyafiqah Adawiyah Binti Abdulah
Umur: 2 Tahun
Jantina: Perempuan
Fakta Kes:
Pada 21/1/14 jam 3.20 petang semasa pengadu membuat rondaan di kaasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.
Hasil Siasatan Awal:
Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Report:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 7.30 Malam anaknya telah hilang semasa dia tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka.
Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.
Hasil Soal Siasat Awal Suspek:
Zamri Gomeng telah menyewa kereta Myvi putih No TBJ 6264 pada 16/01/14 jam 3 Petang, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.
Pada 17/01/14 jam 11 Pagi Pian telah membawa simati keluar dari rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga jam 3 Petang, Pian tidak pulang rumah. Beha telah berusaha untuk mencari.
Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok untuk mencari Pian tetapi tidak jumpa.
Pada jam 10.30 Pagi, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati ada. Beah, Faizal(naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian.
Sampai di rumah Pian, Pian meletak kereta di kawasan yang agak jauh dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian memanggil Faizal keluar dari rumah dan memberitahu simati telah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari simati tetapi tidak jumpa dan ada juga berjumpa bomoh untuk menjejak simati.
18/01/14 jam 8.00 Pagi, Pian dan Faizal keluar mencari dadah. Sampai sebelum tengahhari, Beah cari mereka dan jumpa berdekatan jambatan. Selepas itu Beah membuat repot di Balai Polis Paka. Pian menyruh Beah membuat laporan palsu, selepas itu mereka telah pergi ke Dungun, Kerteh dan balik semula ke Paka.
Pada 21/01/14 jam 10 Pagi, penyewa kereta (Bob) mendapati kereta Myvi telah diletak dalam keadaan tidak berkunci dan Seat Belt telah dipotong. Bob terus berjumpa Zamri dan Zamri membawa Bob dan kawanya pergi ke rumah nenek Pian. Bob berjumpa dengan Pian, dan Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka untuk diserahkan kepada polis.
Kereta Myvi telah diambil untuk pemeriksaan pihak forensik.
Pian masih belum stabil, didapati banyak maklumat yang diperoleh daripada Pian dan terlibat juga keraguan disitu samada rakan mereka iaitu Arif terlibat atau tidak.
Hasil Siasatan Pasukan Foensik Ditempat Kejadian:
-Tempat Kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
-Simati memakai baju gaun berwarna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
-Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
-Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.
-Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah seperti berikut:
1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
2. Keratan warna putih
3. Swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
5. Serpihan kayu pintu dapur yang ditumpil
6 3 cap jari
Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/01/14 jam 9 Pagi. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.
gambar arwah nursyafiqah, comel kan? al-Fatihah, syurga menanti mu dik :(
*sekarang di Dungun macam-macam kes berlaku, rompak, samun, bunuh dan ni yang terbaru. Korang kena jaga diri tau walaupun di mana korang berada, yang perempuan jangan jalan sorang-sorang dan kalau boleh jangan keluar lewat malam. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku.