Monday 17 February 2014

PERLA COFFE terbaik!!! Meh cuba!

kalau sebut coffee, mesti akan dikaitkan dengan cafein kan? dan cafein sepertimana yang korang tau tak elok untuk kesihatan kita, tak elok! haha. jujur aku katakan aku dah lama tak minum nescafe, kalau minum kopi pun separuh cawan dan tu pun kalau balik ke kampung sebab kopi tok terbaik!. hahaha. sampai lah aku terjumpa PERLA COFFEE, aku jadi addicted, nak tau kenapa? sebab rasa dia best sangat, serious tak tipu, macam dah ketagih, haha. jangan risau, PERLA COFFEE ni tak ada cafein tau. ketagih tu sebab SEDAP!




kalau korang nak tau, lepas aku minum PERLA COFFEE ni, perubahan yang aku dapat rasa, ringan je badan ni, haaa. haha. dan yang paling penting, kulit muka lagi FLAWLESS tau. ecewahhh. kalau jerawat nak naik pun macam segan-segan je. pendek kata, PERLA COFFEE ni sebenarnya boleh membantu merawat kulit kita dari luar dan dalam, jangan dari luar je cantik, dalam pun nak cantik tau. ye ke idok kak tonn?? HAHAHA. sebelum tu, jangan lupa, BELI YANG ORIGINAL TAU!!! sekarang banyak yang FAKE!

ni dia fungsi PERLA COFEE ni, 

✿ Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
✿ Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
✿ Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.
✿ Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
✿ Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
✿ Mengurangkan kedutan dan garis halus
✿ Mengecilkan liang pori
✿ Meningkatkan sistem imunisasi badan.
✿ Mengatasi masalh jerawat dan jeragat.

BAHAN UTAMA : 
✿ Serbuk Mutiara
✿ Glutathione 
✿ Asid Hyaluronik

CARA PENGAMBILAN NYA PULAK:

1. Masukkan 1 sachet Perla Coffer ke dalam secawan air panas @suam.
2. Kacau dan sedia diminum
3. Maxima penggambilan Perla Coffee adalah 2 sachet sehari dan boleh diamalkan pada bila-bila masa.
4. Dinasihatkan minum air masak / mineral / air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

KALAU KORANG BERMINAT, MEH ORDER DENGAN AKU, AKU BAGI SPECIAL PRICE PUNYA LAHH. HEHE. WHATSAPP ATAU SMS JE NO NI TAU, 014-5378911

Friday 14 February 2014

Result Final Exam UiTM

bagi semua student degree, hari ni, 14/2/2014 adalah tarikh keramat sebab dapat tau result exam. hehee. tahniah pada yang berjaya, yang tak berjaya, usaha lagi, jangan putus asa.

tahniah jugak untuk aku, ecewahh. tinggal lagi satu sem sebelum praktikal. maknanya LAST SEM dah nanti, insyaAllah, aku akan buat yang terbaik. CHAIYOK CHAIYOK

semalam sampai tak tidur tunggu emel dari uitm tapi malangnya tak masuk-masuk. pelik jugak, tahun ni UITM dah takda hantar emel ke?? dan dengan tak puas hatinya sebab ada yang dapat emel dan ada yang tak dapat.  penuh tanda soal dekat kepala. hahaha. then, terjumpa dekat satu blog tu, kalau tak boleh cek result dekat emel, boleh cek dekat isiswa. ohhhh. tu la fungsi nye isiswa tu. hahaha. 

dan lepas tu, boleh la tido dengan lena. mihmihmih. ALHAMDULILLAH, SYUKUR, :)

Wednesday 29 January 2014

wonderglow berwajah baru!

sekarang wonderglow dah berwajah baru. haha. rasanya macam dah terlambat nak update pasal menda nih. sebab menda nih dah lama. tapi baru berkesempatan nak update. ni wajah baru wonderglow tau. lagi cantik, lagi cun.


nak tau kenapa wonderglow berwajah baru? sebab banyak sangat yang FAKE keluar sekarang ni. macam-macam kan sekarang, kalau dah orang berjaya dalam bisnes ada jaa yang dengki sume tu.  kita sebagai pembeli kena bijak memilih.  kan?



Thursday 23 January 2014

Pembunuhan kejam. Manusia semakin tiada perikemanusiaan!

Baru-baru ni, Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kanak-kanak berumur lingkungan 2 tahun yang dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.  Dan kejadian ni berlaku di Paka, dekat dengan tempat tinggal aku.  Ya Allah, apa salah budak ni sampai diperlakukan sebegitu rupa.  Kejam dan sangat-sangat kejam.  Binatang pun tak ada yang buat macam tu dekat anak dia kan??

First, aku dapat berita ni melalui FB, sekali dengan gambar mayat mangsa ditunjukkan, tak sanggup nak tengok sebab tak sangka manusia tu sanggup buat macam tu dekat budak secomel tu. Mayat dah berbau.

Lepas tu memang ada penangkapan yang dibuat, yang paling terkejut, mak budak tu mungkin jugak terlibat, dan mak budak tu terlibat jugak dengan dadah.  3 orang suspek telah berjaya di tahan dan masih dalam siasatan.  Harap sangat pembunuh akan dapat hukuman yang setimpal. 

Ni kronologi awal kematian budak tu. 


Pengadu:

Nama: Mohd Faizal
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan

Klasifikasi Kes: Seksyen 302 Kanun Keseksaan(Membawa hukuman mati)
Tempat Kejadian: Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.

Suspek:
1) Ahmad Faizal Bin Abd. Wahid(Faizal Bongkok)(B1)
2)Rabiatul Adawiyah Binti Mamat(Beah) (Ibu Simati)(B2)
3)Zamari Bin Ahmad(Zamri Gomeng)(B3)
4)Sofian Hadie Bin Mohd Nor(Pian)(B4)

Simati: Nursyafiqah Adawiyah Binti Abdulah
Umur: 2 Tahun
Jantina: Perempuan
Fakta Kes:
Pada 21/1/14 jam 3.20 petang semasa pengadu membuat rondaan di kaasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.

Hasil Siasatan Awal:
Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Report:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 7.30 Malam anaknya telah hilang semasa dia tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka.

Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.

Hasil Soal Siasat Awal Suspek:
Zamri Gomeng telah menyewa kereta Myvi putih No TBJ 6264 pada 16/01/14 jam 3 Petang, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.

Pada 17/01/14 jam 11 Pagi Pian telah membawa simati keluar dari rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga jam 3 Petang, Pian tidak pulang rumah. Beha telah berusaha untuk mencari. 

Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok untuk mencari Pian tetapi tidak jumpa.

Pada jam 10.30 Pagi, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati ada. Beah, Faizal(naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian.

Sampai di rumah Pian, Pian meletak kereta di kawasan yang agak jauh dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian memanggil Faizal keluar dari rumah dan memberitahu simati telah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari simati tetapi tidak jumpa dan ada juga berjumpa bomoh untuk menjejak simati.

18/01/14 jam 8.00 Pagi, Pian dan Faizal keluar mencari dadah. Sampai sebelum tengahhari, Beah cari mereka dan jumpa berdekatan jambatan. Selepas itu Beah membuat repot di Balai Polis Paka. Pian menyruh Beah membuat laporan palsu, selepas itu mereka telah pergi ke Dungun, Kerteh dan balik semula ke Paka.

Pada 21/01/14 jam 10 Pagi, penyewa kereta (Bob) mendapati kereta Myvi telah diletak dalam keadaan tidak berkunci dan Seat Belt telah dipotong. Bob terus berjumpa Zamri dan Zamri membawa Bob dan kawanya pergi ke rumah nenek Pian. Bob berjumpa dengan Pian, dan Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka untuk diserahkan kepada polis.

Kereta Myvi telah diambil untuk pemeriksaan pihak forensik.

Pian masih belum stabil, didapati banyak maklumat yang diperoleh daripada Pian dan terlibat juga keraguan disitu samada rakan mereka iaitu Arif terlibat atau tidak.

Hasil Siasatan Pasukan Foensik Ditempat Kejadian:
-Tempat Kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
-Simati memakai baju gaun berwarna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
-Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
-Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.

-Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah seperti berikut:
1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
2. Keratan warna putih
3. Swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
5. Serpihan kayu pintu dapur yang ditumpil
6 3 cap jari
Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/01/14 jam 9 Pagi. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.


Ni saya ambik dari blog ni (harian blogger)


gambar arwah nursyafiqah, comel kan? al-Fatihah, syurga menanti mu dik :(

*sekarang di Dungun macam-macam kes berlaku, rompak, samun, bunuh dan ni yang terbaru. Korang kena jaga diri tau walaupun di mana korang berada, yang perempuan jangan jalan sorang-sorang dan kalau boleh jangan keluar lewat malam. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku. 






Sunday 19 January 2014

RUMAH MANIS RUMAH MANIS


alhamdulillah, hampir 2 bulan lebih tak balik rumah, sekarang dah habis semester 4, mudah-mudahan, lulus dengan jayanye final exam yang baru je tamat. AMIN. 

selama 2 bulan lebih ni jugak lah tak sempat pun nak update blog, nak online bagai, busy bebenorrr. hahaha. sebenarnya dalam 2 bulan lebih tak balik rumah tu, macam-macam kejadian berlaku. dan rasanya sem ni lah yang paling teruk, paling banyak dugaan. huaaaaaaaaaaaa. 

tahun 2013 memang meninggalkan kenangan pahit dan juga manis. that's all. nanti saya update lagi ye. hehe. bila dah ada dekat rumah ni, semua benda nak buat, nak online, nak tengok cerita, download cerita. betapa nikmat nya berada di rumah. :)

Tuesday 15 October 2013

KECOH DIPAGI AIDILADHA!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!

Tahun ni raye aidiladha disambut dengan sederhane je. no ketupat, no rendang, no baju raye. haha. pagi raye pakai baju tido je okkk. orang lain semua pakai lawa-lawa. haha.

p/s: gambar sekadar hiasan je tau. :)


tapi ape yang syok nye raye tahun ni? sebab ade alkisah yang tersendiri. haha. memandangkan rumah betol-betol belakang masjid, so, kite dapa lihat dengan jelas orang sembelih lembu sume-sume tu. alkisah nye, LEMBU TERLEPAS. kecoh satu kampung. 

nak dijadikan cerita, lembu tu memang diikat dengan elok dan menanti untuk disembelih je. mungkin lembu tu takut tengok kawan dia yang sebelah kena korban, dia dengan panik cube lepaskan diri. hahaha. DAN berjaya larikan diri sebab tali yang ikat lembu tu reput sikit. entah la aku, ni pun adik yang cerita sebab dia yang jage lembu semalam. hahaha. bayangkan mase tu dengan budak-budak nye ramai, orang-orang tua, ibu-ibu, kakak-kakak semua bertempiaran lari. tukan sembelih pun lari panjat pagor. kihkihkih. LEMBU GARANG SANGAT!!! alhamdulillah, tak ade yang cedera dan lembu tu dah terlepas entah ke mane. huhuhu. aku menyaksikan kejadian ni dekat depan rumah je. memang takut mase tu. semua panik kot. 

KAKI IRFAN KENE TAHI LEMBU. rase nye ade hikmah kaki budak kecik ni kene tahi lembu. sebab budak kecik ni pun sebuk jgk nak tengok lembu kena sembelih, tapi sebelum kejadian, budak kecik ni balik rumah sebab kaki dah kene tahi lembu. kalau dia ade dalam kawasan masjid tu, tak tau la nak cakap ape. huhuhu. 

ALHAMDULILLAH LEMBU BERJAYA DIKESAN. 
jauh beno lembu ni lari sampai ke kampung sebeloh. haha. kalau yang duk dungun tu kenal petronas depan sekolah sains, sampai ke situ lari. kalau tak jenuh nak kene cari lembu ganti. haha. disebabkan lembu tu terlalu garang, terpaksa la disembelih tepi jalan tu je. hahah. jauh dari tempat asal. 

begitulah alkisah di pagi raye. hehe. korang pulak macam mane? meriah raye tahun ni?


Sunday 13 October 2013

TESTIMONI WONDERGLOW + EMILAY WHITENING TERBAIK!!

salam semua. hari ni rase macam rajin je nak update blog tau. sebab nye cuti 1 minggu so, boleh la kite berblogwalking sambil update blog. hehe. ok, sebenarnye nak update sikit pasal produk yang saya gune dah hampir 3 bulan. 

sebelum ni saya dah pernah update pasal produk wonderglow ni kan, nak bace, boleh pergi dekat sini, tekan saya . suke kan bile produk yang kite gune, membuahkan hasil? yup, alhamdulillah, selepas 3 bulan lebih saya gune produk wonderglow ni, kulit muke makin glowing, dulu kusam, sekarang dah tak. ecewahhh, perasannn. hehe. yang paling saya suke, whitehead, dah takde. ni saya nak tunjuk testimoni sikit.... 


meh nak terangkan tentang testimoni tu, yang before tu gambar 1 tahun yang lepas. dan after ialah gambar sekarang. lain kan?? hehehe. ni saya gune produk wonderglow set silver je tau. kalau pakai gold, lagi meletupp la result nye. kalau yang ade masalah kulit kusam, memang digalakkan pakai produk ni. dalam 3 minggu dah bagi effect. tak caye, cube lahhhh. hehehe. sekarang saya tengah cube produk emilay whitening, dah 1 month consume. nanti dah masuk 3 botol, saya buat testimoni untuk emilay pulak. hehe. 



kalau korang nak try produk ni, boleh order dengan saya tau. sebarang pertanyaan pun boleh diajukan.