Thursday 19 September 2013

Counting days!

Yeeehaaaa. Lagi 3 minggu nak balik rumah. Tetibe rase excited sangat ni nak balik rumah. Tapi sebelum tu, test kuiz akan menyusul. KUAT KUAT!! FIGHTING FIGHTING!!!!

Thursday 5 September 2013

WONDERGLOW TERBAIK! JOM BERGLOWING

salam semua. ape khabar, harap-harap sihat sejahtera hendaknya. hari ni nak cerita sikit pasal produk WONDERGLOW. WONDERGLOW sekarang ni tengah hot tau. dan aku dah cube produk ni dah hampir 1 bulan dan hasilnye aku suke. hehehe. 

ni bukti!!. hahaha. perasan!!


WONDERGLOW ni dia ade dua set, satu SET SILVER dan satu lagi SET GOLD. nak tau ape beza nye kedua set ni. beza nye yang SET GOLD tu ade 2x kuase pemutihan tau. haaa. tapi untuk beginner, boleh cube yang SET SILVER dulu. WONDERGLOW just ade pencuci muke, krim siang dan juge malam.



ade gelupas tak produk ni? ok, ade la sikit, tapi sekejap je tau, dalam 2,3 hari je. tak lame pun. tapi sebenarnya depends on kulit kite jugak, macam aku, ade gelupas sikit, lepas tu naik bintik merah. ok, mule-mule macam nak putus ase tau pakai produk ni, sebab dah naik merah-merah, tapi sebenarnye bukan bagi kesan buruk pun, dia just nak sesuaikan kulit kite dengan produk tu. so don't worry, ok :)

tahan berape lame produk ni? ok, satu set tu tahan dalam 2 bulan tau tak. jimat kan. tapi pencuci muke la tak tahan, tahan dalam 1 bulan je kalau kite jenis jimat. heheh. kalau pencuci muke habis, kite boleh beli yang lain. krim siang dan malam, boleh tahan 2 bulan lebih.

ape yang best pakai produk ni? ok, yang best nye tak payah nak makeup lame2 tau. kalau nak keluar tu, pakai krim siang je, muke nampak lebih natural dan GLOWING. hehe. so, sangat berpuas hati. jimat mase tak payah pakai foundation ke bedak tebal-tebal ke. 

berape lame nak nampak effect? ok, soalan paling femes dan semua orang akan tanye tak kire produk ape pun. sebenarnya dalam 1-2 minggu dah nampak effect. seriously tak tipu!!

p/s: nak order, boleh tinggalkan komen anda tau. jom berglowing!!!


Wednesday 4 September 2013

TUHAN JAGAKAN DIA



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

P/s: lets began the new semester. SMILE!!



Tuesday 3 September 2013

BOLEH BERTAHAN KE KALAU BERCINTA JARAK JAUH?


Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya termasuklah saya pasti akan bersetuju jika saya katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.

Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.

Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.



DISINI ADA TIPS-TIPS YANG BOLEH MEMBANTU KITE DALAM MENGHARUNGI CABARAN  NI.



1.Manfaatkan masa yang ada
  • Manfaat kan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

2.Kreatif
  • Anda perlua kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang anda. Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan kalian dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu kamu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya , boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digukana sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.


3.Saling percaya
  • Kalian perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan mencurangi kalian. Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan kalian

4.Limitkan masa bertengkar.
  • Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.

  • Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan kalian. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan kalian walau jarak yang ada sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.

5.Setia
  • Jika kamu mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kamu juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kamu dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang.

semua tips ni saya petik dari blog ni (LINK)


p/s: saya pun melalui semua ni, dan berharap berakhir dengan perkahwinan sehingga ke syurga. amin. same-same doakan ye. dan si dia, tunggu saya tau :)

Monday 2 September 2013

MANE NAK CARI DUIT? PTPTN KAN ADOOOO

alahai, dah nak masuk sem baru hoii. lepas tu tinggal lagi satu sem and then practical. kadang-kadang rase macam cepat je mase berlalu. tapi nak menempuh nye rase lame yang amatttt. huaaaa. sabar lah wahai hati yang lara lagi dukacita ni. sobss sobsss...



okey, sekarang terfikirkan duit ni, mane nak cekau haaaa? yang pasti kene berjimat cermat. dulu masuk sem baru, ade baucer buku, sekarang kena simpan duit untuk buku plak. lepas tu sewa rumah. owhhh, JIMAT OK CIK NISA. tp kan PTPTN KAN ADOOOO?. hahahaha. harap nye cukup la sume nye tu. dan harap nye perut kene la sentiase menahan nafsu. ni la dugaan duk jauh, dulu mase diploma, ulang alik je dari rumah, haa, ni kena duduk jauh, berdikari la kau ye. sob sob. 



duitttt, kan best jatuh gedebuk depan aku ni. hahahha.