Tuesday 3 September 2013

BOLEH BERTAHAN KE KALAU BERCINTA JARAK JAUH?


Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya termasuklah saya pasti akan bersetuju jika saya katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.

Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.

Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.



DISINI ADA TIPS-TIPS YANG BOLEH MEMBANTU KITE DALAM MENGHARUNGI CABARAN  NI.



1.Manfaatkan masa yang ada
  • Manfaat kan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

2.Kreatif
  • Anda perlua kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang anda. Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan kalian dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu kamu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya , boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digukana sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.


3.Saling percaya
  • Kalian perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan mencurangi kalian. Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan kalian

4.Limitkan masa bertengkar.
  • Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.

  • Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan kalian. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan kalian walau jarak yang ada sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.

5.Setia
  • Jika kamu mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kamu juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kamu dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang.

semua tips ni saya petik dari blog ni (LINK)


p/s: saya pun melalui semua ni, dan berharap berakhir dengan perkahwinan sehingga ke syurga. amin. same-same doakan ye. dan si dia, tunggu saya tau :)

2 comments:

  1. entri saya sama tajuk dengan awak . entah la tak tahu bertahan ke tak . agak struggle lah . pendam . rindu . ragu-ragu . semua bercampur baur . kehkeh . meh la ke entri saya pulak http://adoredora.blogspot.com/2013/09/just-my-2cent-menghadapi-cinta-jarak.html

    ReplyDelete
  2. yup, betol tu. yg penting setia jujur percaya . entri mmg hampir sme. hehe. :)

    ReplyDelete